KEMUDAHAN / TEMPAT MENARIK

KAWASAN PENEMPATAN BERHAMPIRAN HOMESTAY LAGUNA BIRU

 

  1. Apartment Laguna Biru

Apartment Laguna Biru mempunyai 6 buah blok pangsapuri dengan keseluruhan jumlah rumah sebanyak 1224 unit. Hampir keseluruhan rumah di sini telah diduduki. Dan di sinilah terletaknya Homestay Laguna Biru. Sekiranya anda mempunyai saudara mara yang mengadakan majlis perkahwinan kenduri dan keraian di Apartment Laguna Biru, jemputlah menginap di Homestay kami. Jadikan homestay kami sebagai tempat untuk bermalam dan berehat melepaskan lelah selesai membantu saudara anda menguruskan majlis mereka. Dengan kemudahan lengkap yang disediakan dan pemandangan indah dari bilik dan balkoni homestay, kami yakin anda akan berpuashati. Perkara yang paling penting anggaplah homestay kami seperti rumah anda sendiri.

 

  1. Taman Tasik Biru

Taman Tasik Biru terletak berhampiran dengan Apartment Laguna Biru. Jarak Homestay Laguna Biru dengan kawasan perumahan ini hanya kira-kira 200 meter dan mengambil masa 3 minit sahaja perjalanan. Terdapat kira-kira 200 buah rumah di kawasan penempatan ini. Tidak seperti Apartment Laguna Biru, kesemua rumah di kawasan ini adalah jenis rumah teres iaitu rumah teres setingkat dan dua tingkat. Di sini jugalah terdapatnya kemudahan seperti kedai runcit, speedmart 99, kedai dobi, kedai makan. Pejabat SPNB cawangan Selangor dan lain-lainnya.

  1. Taman Rahmat Jaya

Taman Rahmat Jaya terletak kira-kira 2 kilometer daripada Homestay Laguna Biru iaitu kira-kira 5-10 minit perjalanan. Ianya terletak bersebelahan dengan padang golf Kundang Lakes Country Club dan berhampiran dengan lebuhraya LATAR. Sekiranya anda mempunyai urusan di kawasan ini, Homestay Laguna Biru tetap menjadi pilihan terbaik anda!

  1. Kampung Sri Kundang

Terlekat bersebelahan dengan Apartment Laguna Biru, Kampung Sri Kundang adalah sebuah perkampungan melayu yang moden dan lengkap dengan segala kemudahan. Terdapatnya masjid, sekolah, dewan, kedai runcit, kedai makan dan segala macam kemudahan lain. Homestay Laguna biru adalah tempat penginapan yang paling sesuai sekiranya anda mempunyai urusan keluarga dan perkahwinan di kampung ini. Tidak perlu pergi jauh kerana jarak sekiranya anda berjalan kaki ke kawasan perkampungan ini hanya 5 minit melalui pintu keselamatan bahagian belakang Apartment Laguna Biru. Untuk perhatian, pintu ini hanya dibuka untuk pengguna motosikal dan laluan bas sekolah semasa waktu persekolahan sahaja

 

  1. Kampung Setia

Kampung Setia juga merupakan kawasan penempatan dan perkampungan yang terletak berhampiran dengan Homestay Laguna Biru. Dengan jarak hanya kira-kira 2 kilometer dan 5 minit berkenderaan, ianya mempunyai kelengkapan dan kemudahan sempurna kerana ianya terletak di jalan utama yang digunakan oleh penduduk sekitar untuk menuju ke Bandar Sungai Buloh, Rawang dan pekan Kuang.

 

KEMUDAHAN BERHAMPIRAN HOMESTAY LAGUNA BIRU

 

  1. RESTORAN / KEDAI MAKAN

Restoran Al-Faizi (Mamak 24 Jam)

Restoran Al-Faizi hanya terletak kira-kira 1 km dari Homestay Laguna Biru iaitu kira-kira 2 minit perjalanan dengan kenderaan. Menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari ala mamak. Disebelah malamnya restoran ini menjadi tumpuan penduduk disekitar kerana menyediakan layar besar untuk menonton television dan terdapat juga gerai satay dan makan panas ala thai selain ianya juga beroperasi 24jam untuk kemudahan semua

 

Restoran Al-Siddiq (Mamak 24 Jam)

Sebuah lagi Restoran ala mamak 24 jam yang terletak berhampiran dengan Homestay Laguna Biru adalah Restoran Al-Siddiq (jarak 500 meter – 2 minit). Restoran ini mempunyai beberapa rangkaian lain yang berjaya di kawasan Kuang ini dengan menyediakan pelbagai masakan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jadi tidak hairanlah, restoran ini menjadi tumpuan penduduk selain pengunjung yang berkelah di Tasik Biru Kundang dengan jarak kira 200 meter sahaja.

Kedai Makan Sri Mersing

Menyajikan makanan masakan melayu, ianya beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam. Terdapat menu yang pelbagai untuk sarapan pagi, makan tengahhari dan malam. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) cawangan Selangor dengan jarak kira-kira 500 meter (kurang 3 minit) dari Homestay Laguna Biru. Bagi yang merasa lapar ketika menginap di homestay kami, ini adalah pilihan restoran melayu yang paling hampir dengan anda selain restoran mamak yang kami nyatakan di atas. J

 

Gerai Makanan Tepian Tasik Biru

Sekiranya anda ingin menikmati makanan sambil ditemani suasana nyaman dengan tiupan angin, maka gerai-gerai yang terdapat di tepian Tasik Biru adalah pilihan yang terbaik. Dari Homestay Laguna Biru jaraknya hanya 1000 meter, di sini terdapat kedai dan gerai yang menyediakan masakan panas, masakan makan tengahari, kuih muih, ABC dan air kelapa yang boleh menjadi pilihan anda. Yang pasti anda akan dapat menyaksikan keindahan tasik biru ditemani kicauan burung, anak-anak ikan yang bermain di gigi air dan tiupan angin segar yang senantiasa menyapa pipi anda. Dari sini juga anda boleh nampak Apartment Laguna Biru yang menempatkan Homestay kami. J

 

 

  1. MART / KEDAI RUNCIT

Speedmart 99

Semua ada! Ini sahaja perkataan yang kami dapat ungkapkan apabila membeli barangan di sini. Speed mart 99 ini terletak 500 meter dari Homestay Laguna Biru. Kedai mart ini yang dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam menjadi pilihan penduduk di sekitar tasik biru untuk membeli belah kerana menawarkan harga yang lebih murah daripada kedai runcit biasa selain pilihan barangan yang pelbagai. Bagi yang menginap di homestay kami, anda boleh mendapatkan keperluan anda di sini.

 

Kedai Runcit

Kedai Runcit ini adalah kedai runcit yang terawal dibuka di kawasan ini. Kedai yang lengkap seperti pasar mini menjual pelbagai barangan keperluan penduduk sekitar. Kedai ini menjadi pilihan para ibu dan restoran kerana menjual barangan basah seperti sayuran, ikan dan ayam. Dibuka dari jam 7 pagi sehingga 10 malam dengan jarak hanya 500 meter sahaja dari Homestay Laguna Biru pastinya ia akan memudahkan anda.

 

  1. MASJID / SURAU

 

Surau Taman Tasik Biru

Alhamdulillah, Surau Taman Tasik Biru ini terletak kira-kira 20 meter dari Homestay Laguna Biru. Anda turun sahaja lif, berjalan sedikit dan akan sampai ke surau ini untuk menunaikan solat secara berjamaah. Anda akan mendengar dengan jelas setiap kali bilal melaungkan azan dari surau ini apabila masuk waktu solat. Walaupun Homestay Laguna Biru ada menyediakan kelengkapkan solat seperti sejadah, telekung dan kain pelikat, kami amat mengalukan anda untuk sama mengimarahkan surau ni semoga Allah memberikan ganjaran baik dan kelebihan darjat solat kepada anda. InsyaAllah.

 

Masjid Al-Yakin

Masjid Al-Yakin terletak di Kampung Sri Kundang iaitu bersebelahan sahaja dengan Apartment Laguna Biru yang menempatkan Homestay kami. Sekiranya Anda berkenderaan kereta, anda perlu melalui jalan utama dengan jarak 2 km (5 minit) untuk sampai tetapi jika anda bermotosikal ianya hanya mengambil masa 3 minit dengan melalui pintu belakang Apatment ini. Terdapat pelbagai kemudahan di sekitar masjid ini seperti kedai runcit, gerai jualan dan kedai makan untuk anda selepas selesai menunaikan kewajipan menunaikan solat.

 

  1. PUSAT SUKAN DAN REKREASI

Kundang Lakes Country Club

Padang golf ini terletak hanya kira-kira 2 kilometer iaitu 5-10 minit perjalanan dari Homestay Laguna Biru. Padang golf ini mempunyai 18 lubang dan menjadi pilihan penggemar sukan golf yang mempunyai bajet sederhana. Bagi yang ingin bermain lama di sini, anda adalah dijemput untuk menginap di homestay kami yang serba lengkap ini. J

 

Bukit Rahman Putra Golf Club

Untuk ke Kelab Rahman Putra dari Homestay Laguna Biru hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja dengan jarak kira-kira 8 kilometer. Kelab ini sering menganjurkan kejohanan golf bertaraf dunia dengan mempunyai 36 lubang yang pastinya menjadi perhatian peminat-peminat golf di seluruh Negara.

 

Pusat Rekreasi Sukan Air Tasik Biru (Jet Ski / Kayaking)

Tasik Biru Kundang merupakan sebuah tasik yang sangat cantik dan sangat sesuai menanti kehadiran anda sekeluarga. Pada hujung minggu merupakan waktu puncak di mana di sini ada aktiviti sukan air seperti Jet Ski dan aktiviti berkayak. Ada juga pengusaha yang menjalankan perniagaan Bola Besar yang boleh memuatkan kanak-kanak yang akan terapung di atas air. Pasti ianya sangat menyeronokkan anak anda. Tidak ketinggalan juga, tasik biru merupakan pilihan bagi kaki pancing kerana di dalam tasik ini mempunyai pelbagai jenis ikan seperti ikan taman, keli, tilapia, peacock bass dan lain-lain lagi. Jaraknya hanya 500 meter dari homestay kami. Psst! Bagi yang gemar memancing, kami ada port rahsia dengan jarak kira-kira 20 meter dari Homestay Laguna Biru

 

  1. PUSAT KOMERSIL / MEMBELI BELAH UTAMA

Jusco Aeon Anggun Rawang

The Store Sungai Buloh

 

  1. KILANG INDUSTRI

O.Y.L. Manufacturing Company Sdn. Bhd

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd

kilang yahama sungai buloh homestay laguna biru

  1. STESEN MINYAK

Petronas Kuang (ATM)

Caltex Kuang

Petronas Bukit Rahman Putra (ATM / Drive Thru Mc Donald)

 

  1. PUSAT DOBI

Kedai Dobi PAPA (Self Service)

Kedai Dobi…

 

  1. LAIN – LAIN

Pejabat YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuang

Balai Polis Pekan Kuang

Stesen KTM Kuang

Kediaman Penghulu Mukim Rawang

Pusat Tahfiz Darul Ulum

 

  1. JARINGAN LEBUHRAYA / JALAN UTAMA

Lebuhraya LATAR

Lebuhraya  GUTHRIE

Lebuhraya PLUS

MRR 2

Leave a Reply