MASJID / SURAU

Surau Taman Tasik Biru

Alhamdulillah, Surau Taman Tasik Biru ini terletak kira-kira 20 meter dari Homestay Laguna Biru. Anda turun sahaja lif, berjalan sedikit dan akan sampai ke surau ini untuk menunaikan solat secara berjamaah. Anda akan mendengar dengan jelas setiap kali bilal melaungkan azan dari surau ini apabila masuk waktu solat. Walaupun Homestay Laguna Biru ada menyediakan kelengkapkan solat seperti sejadah, telekung dan kain pelikat, kami amat mengalukan anda untuk sama mengimarahkan surau ni semoga Allah memberikan ganjaran baik dan kelebihan darjat solat kepada anda. InsyaAllah.

 

Masjid Al-Yakin

Masjid Al-Yakin terletak di Kampung Sri Kundang iaitu bersebelahan sahaja dengan Apartment Laguna Biru yang menempatkan Homestay kami. Sekiranya Anda berkenderaan kereta, anda perlu melalui jalan utama dengan jarak 2 km (5 minit)  untuk sampai tetapi jika anda bermotosikal ianya hanya mengambil masa 3 minit dengan melalui pintu belakang Apatment ini. Terdapat pelbagai kemudahan di sekitar masjid ini seperti kedai runcit, gerai jualan dan kedai makan untuk anda selepas selesai menunaikan kewajipan menunaikan solat.

 

Leave a Reply