PUSAT SUKAN / REKREASI

 

Kundang Lakes Country Club

Padang golf ini terletak hanya kira-kira 2 kilometer iaitu 5-10 minit perjalanan dari Homestay Laguna Biru. Padang golf ini mempunyai 18 lubang dan menjadi pilihan penggemar sukan golf yang mempunyai bajet sederhana. Bagi yang ingin bermain lama di sini, anda adalah dijemput untuk menginap di homestay kami yang serba lengkap ini. J

 

Bukit Rahman Putra Golf Club

Untuk ke Kelab Rahman Putra dari Homestay Laguna Biru hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja dengan jarak kira-kira 8 kilometer. Kelab ini sering menganjurkan kejohanan golf bertaraf dunia dengan mempunyai 36 lubang yang pastinya menjadi perhatian peminat-peminat golf di seluruh Negara.

 

Pusat Rekreasi Sukan Air Tasik Biru (Jet Ski / Kayaking)

Tasik Biru Kundang merupakan sebuah tasik yang sangat cantik dan sangat sesuai menanti kehadiran anda sekeluarga. Pada hujung minggu merupakan waktu puncak di mana di sini ada aktiviti sukan air seperti Jet Ski dan aktiviti berkayak. Ada juga pengusaha yang menjalankan perniagaan Bola Besar yang boleh memuatkan kanak-kanak yang akan terapung di atas air. Pasti ianya sangat menyeronokkan anak anda. Tidak ketinggalan juga, tasik biru merupakan pilihan bagi kaki pancing kerana di dalam tasik ini mempunyai pelbagai jenis ikan seperti ikan taman, keli, tilapia, peacock bass dan lain-lain lagi. Jaraknya hanya 500 meter dari homestay kami. Psst! Bagi yang gemar memancing, kami ada port rahsia dengan jarak kira-kira 20 meter dari Homestay Laguna Biru

 

Kolam Pancing

Masih minat memancing tetapi tidak yakin adanya ikan di tasik biru, anda boleh juga mencuba nasib untuk memancing di kolam pancing yang terlekat kira-kira 1 kilometer (5-10 minit) dari homestay kami. Kolam pancing menawarkan ikan air tawar bersaiz mega seperti ikan patin, keli dan pacu yang boleh melepaskan gian anda dengan rentapan kuat ‘mereka’ memakan umpan. Beroperasi 24 jam anda boleh dan dibuka setiap hari anda boleh terus duduk menunggu ikan mengena selagi anda mampu 😛

 

Air Terjun Sungai Kanching, Taman Templer

Terletak kira-kira 15 kilometer (20-30 minit) dari Homestay Laguna Biru, air terjun Sungai Kanching merupakan kawasan perkelahan popular yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan ini mempunyai 7 tingkat air terjun dan yang paling menjadi pilihan adalah tingkat yang kedua kerana memiliki memandangan yang paling menarik. Tempat perkelahan lain yang menjadi tumpuan di sekitar air terjun sungai kanching ialah Air Terjun Taman Templer dan hutan Lipur Komanwel yang mempunyai keindahan dan keistimewaannya yang tersendiri

Leave a Reply