RESTORAN / KEDAI MAKAN

 

Restoran Al-Faizi (Mamak 24 Jam)

Restoran Al-Faizi hanya terletak kira-kira 1 km dari Homestay Laguna Biru iaitu kira-kira 2 minit perjalanan dengan kenderaan. Menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari ala mamak. Disebelah malamnya restoran ini menjadi tumpuan penduduk disekitar kerana menyediakan layar besar untuk menonton television dan terdapat juga gerai satay dan makan panas ala thai selain ianya juga beroperasi 24jam untuk kemudahan semua

 

Restoran Al-Siddiq (Mamak 24 Jam)

Sebuah lagi Restoran ala mamak 24 jam yang terletak berhampiran dengan Homestay Laguna Biru adalah Restoran Al-Siddiq (jarak 500 meter – 2 minit). Restoran ini mempunyai beberapa rangkaian lain yang berjaya di kawasan Kuang ini dengan menyediakan pelbagai masakan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jadi tidak hairanlah, restoran ini menjadi tumpuan penduduk selain pengunjung yang berkelah di Tasik Biru Kundang dengan jarak kira 200 meter sahaja.

 

Kedai Makan Sri Mersing

Menyajikan makanan masakan melayu, ianya beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam. Terdapat menu yang pelbagai untuk sarapan pagi, makan tengahhari dan malam. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) cawangan Selangor dengan jarak kira-kira 500 meter (kurang 3 minit) dari Homestay Laguna Biru. Bagi yang merasa lapar ketika menginap di homestay kami, ini adalah pilihan restoran melayu yang paling hampir dengan anda selain restoran mamak yang kami nyatakan di atas. J

 

Gerai Makanan Tepian Tasik Biru

Sekiranya anda ingin menikmati makanan sambil ditemani suasana nyaman dengan tiupan angin, maka gerai-gerai yang terdapat di tepian Tasik Biru adalah pilihan yang terbaik. Dari Homestay Laguna Biru jaraknya hanya 1000 meter, di sini terdapat kedai dan gerai yang menyediakan masakan panas, masakan makan tengahari, kuih muih, ABC dan air kelapa  yang boleh menjadi pilihan anda. Yang pasti anda akan dapat menyaksikan keindahan tasik biru ditemani kicauan burung, anak-anak ikan yang bermain di gigi air dan tiupan angin segar yang senantiasa menyapa pipi anda. Dari sini juga anda boleh nampak Apartment Laguna Biru yang menempatkan Homestay kami.

Leave a Reply