SELAMAT DATANG!

Homestay Laguna Biru diuruskan oleh Halilhayy Resources beroperasi di Apartment Laguna Biru, Tasik Biru, Kundang, Selangor Darul Ehsan yang terletak di tengah-tengah dua lokasi strategik iaitu hanya 10-15 minit ke Bandar Rawang dan Bandar Sungai Buloh.

Bukan sahaja ianya sangat berhampiran dengan pusat rekreasi sukan air dan tempat perkelahan Taman Tasik Biru Kundang, Homestay Laguna Biru juga menjanjikan penginapan selesa dengan menyediakan kemudahan serba lengkap kepada para pengunjung dengan kadar harga sewa yang sangat berpatutan.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menginap di Homestay kami sekiranya anda:

  1. Menghadiri majlis perkahwinan dan keraian di kawasan sekitar kawasan Rawang, Kuang, Kundang dan Sungai Buloh
  2. Mempunyai urusan kerja luar di pejabat-pejabat/ kilang-kilang di taman perindustrian sekitar kawasan Rawang dan Sungai Buloh
  3. Menyertai Kejohanan Golf di Kundang Lakes Country Club atau Bukit Rahman Putra Golf Club
  4. Menyertai pertandingan sukan air yang dianjurkan di Taman Rekreasi Sukan Air Tasik Biru, Kundang Selangor
  5. Bercuti bersama keluarga dan berkelah di Taman Tasik Biru, Kundang, Selangor 

5 Perkara Menarik Mengapa Anda Perlu Memilih Homestay Laguna Biru ?

  1. Homestay yang serba lengkap dengan kemudahan terbaik
  2. Homestay yang telah menerima ramai pelanggan yang sangat berpuashati
  3. Homestay yang menjanjikan harga yang paling rendah dan terbaik
  4. Homestay yang menjanjikan keselesaan seperti anda berada di rumah sendiri
  5. Homestay dengan pandangan panorama menghijau yang sangat menarik dan menenangkan

Kelengkapan HOMESTAY LAGUNA BIRU

  • Rumah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Kawalan Keselamatan 24 Jam
  • Petak Parking Khas + Petak Parking Tetamu (Visitor)
  • Kemudahan Lif
  • Ruang Tamu yang luas & selesa
  • Kipas Siling (1 di ruang tamu, 1 di ruang makan dan 3 di bilik tidur)
  • TV LCD 32 inci dan Siaran Astro Njoi
  • Set Sofa Rotan 3+2
  • Set Meja Makan 6 kerusi
  • Kelengkapan Solat (Sejadah + Kain Pelikat +Telekung)
  • Cerek Elektrik (Electric Jug Kettle)
  • Peti Sejuk
  • Alatan Penggosok Pakaian
  • Bilik Air & Tandas yang Bersih
  • Complimentary (Maggi / Mineral Water + Teh / Kopi)

Komen Anda!

Komen

One thought on “SELAMAT DATANG!

  1. Mr WordPress says:

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in and view the post's comments. There you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply