SYARAT DAN TERMA HOMESTAY KAMI

Mohon untuk semua BAKAL pelanggan HOMESTAY LAGUNA BIRU, Luangkan sedikit masa anda untuk membaca syarat dan terma di bawah. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku sebelum, semasa dan selepas anda penginap di Homestay Laguna Biru:-

  1. Homestay Laguna Biru KHAS untuk penyewa beragama islam (MUSLIM) sahaja. DILARANG percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa. Jika berkumpulan yang tiada hubungan mahram maka ia mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Jika didapati ada keraguan, kami berhak meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan, surat nikah atau bukti pertalian saudara yang mahram.
  2. Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah bayaran deposit sebanyak RM100 dibuat untuk 1 malam.
  3. Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui CIMB, Maybank ataupu Kad Kredit. Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami.
  4. Tempahan yang berstatus ‘Pending’ (belum membuat bayaran deposit) akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang lebih pantas membuat bayaran tersebut.
  5. Sekiranya tempahan dibatalkan 2 minggu sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan 100% bayaran deposit. Jika dibatalkan 1 minggu sebelum tarikh check in, kami akan pulangkan 50% dari bayaran deposit dan jika dibatalkan kurang dari seminggu, deposit tidak akan dipulangkan. Ini kerana pihak kami akan menanggung kerugian setelah menolak permohonan  penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
  6. Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.
  7. Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-out pada jam 12:00 tengahari.
  8. Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
  9. Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan sepanjang menginap di sini.
  10. Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
  11. Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali.
  12. Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.
  13. Penghuni DILARANG membawa masuk minuman keras dan bahan-bahan yang haram seperti khinzir/babi ke dalam Homestay Laguna Biru.
  14. Penghungi DILARANG merokok di dalam Homestay Laguna Biru.
  15. Barang yang hilang/rosak perlu diganti dengan menolak bayaran deposit.
  16. Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi perkara 1 hingga 14.
  17. Deposit akan dipulangkan kepada pelanggan semasa check out.
  18. Kehilangan kunci akan dikenakan bayaran RM20 dan kehilangan sticker kereta akan dikenakan bayaran RM60.
  19. Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
  20. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dll) dengan baik serta senantiasa memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.
  21. Homestay Laguna Biru berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma & Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.

PIHAK PENGURUSAN HOMESTAY LAGUNA BIRU SAMA SEKALI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.

Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.

Komen Anda!

Komen

Leave a Reply