TIPS MEMILIH HOMESTAY TERBAIK!

TIP MEMILIH HOMESTAY

Homestay Laguna Biru ingin kongsikan tips untuk memilih Homestay yang terbaik untuk penginapan anda sekeluarga:

1. HARGA YANG BERPATUTAN

Semestinya harga menjadi faktor utama. Tujuan anda menginap di Homestay adalah untuk menjimatkan kos penginapan anda dengan kuantiti ahli keluarga atau rakan yang ramai. Tidak berbaloi jika anda memilih harga yang terlalu tinggi untuk sekadar tempat persinggahan.

Bagi yang datang ke satu destinasi untuk tujuan perniagaan atau bekerja/melaksanakan projek, anda semestinya akan menjimatkan kos operasi anda untuk jumlah pekerja yang ramai.

2. LOKASI 

Lokasi yang strategik amat penting dalam pemilihan Homestay terbaik untuk anda! Homestay yang dipilih mestilah berdekatan dengan tempat-tempat sasaran lawatan anda. Anda boleh menjimatkan belanja minyak petrol anda (jika menyewa kenderaan) jika Homestay pilihan anda berada dalam kedudukan strategik; ditengah-tengah kawasan sasaran lawatan anda. jangan pilih Homestay yang anda perlu mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tempat-tempat sasaran anda.

3. KESELESAAN

Semestinya anda memilih Homestay yang selesa. Anda boleh merujuk iklan Homestay di mana-mana laman web atau blog dan akan terdapat foto-foto dalaman Homestay. Anda juga mungkin boleh berhubung terus dengan pemilik Homestay untuk bertanya lebih lanjut mengenai Homestay tersebut. Keselesaan dalaman dan kawasan persekitaran amat penting dalam kriteria pemilihan Homestay. anda juga boleh menghantar wakil anda (rakan atau saudara) untuk datang melihat sendiri Homestay sasaran anda sebelum anda membuat penetapan penempahan. Mungkin anda mengutamakan Homestay yang dilengkapi sistem penghawa dingin.

4. KEMUDAHAN 

Antara kemudahan-kemudahan yang wajib anda tahu pada sesebuah Homestay ialah jumlah bilik, saiz bilik, jenis katil, jumlah katil, ruang dapur, ruang tamu, kemudahan tandas dan lain-lain. Anda juga mesti tahu berkenaan kemudahan-kemudahan yang lain seperti kemudahan tempat makan, kedai runcit, dobi, bank dan lain-lain kemudahan penting yang ada di sekitar Homestay pilihan anda.

Dari ciri-ciri di atas, Homestay Laguna Biru merupakan cadangan pilihan Homestay Terbaik untuk anda!

  • Harga yang sangat berbaloi
  • Lokasi yang sangat strategik
  • Mengutamakan keselesaan anda
  • Dilengkapi pelbagai jenis kemudahan

Jadi, bagi anda yang merancang untuk datang ke kawasan berhampiran Rawang dan Sungai Buloh, Homestay Laguna Biru merupakan Homestay pilihan tepat anda dan jangan berlengah untuk membuat tempahan. Hubungi kami sekarang! 019-288 3332

Komen Anda!

Komen

Leave a Reply